Korang pernah dengar pasal eklampsia? 

Okey kalau nak tahu, eklampsia ni adalah salah satu penyakit yang boleh terjadi tanpa tanda gejala pada para ibu dan menjadi punca keempat bagi kematian para ibu lepas bersalin. 

Risau kan? 

Dalam proses mengandung sampailah melahirkan, kesihatan ibu sangat penting tapi ada beberapa situasi yang boleh sebabkan keduanya ada dalam bahaya. 

Eklampsia ni adalah permulaan sawan untuk wanita yang sedang hamil dan merupakan komplikasi teruk bagi praeklampsia yang biasanya berlaku masa fasa antenatal terutamanya kalau ibu-ibu ni berada pada trimester ketiga.

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan dari Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr Nor Elyana Noordin, 80% daripada sawan eklampsia ni berlaku ketika proses bersalam atau pun dalam tempoh 48 jam lepas bersalin dan kelaziman ia berlaku adalah praeklampsia pada 4.6% dan eklampsia pada 0.3% Dan pada tahun 2020 je, 6% ibu bersalin meninggal dunia disebabkannya.

Cara nak elakkan eklampsia adalah dengan rawatan yang tepat dan pemeriksaan berkala semasa mengandung sebab ada tanda gejala dan parameter klinikal yang dapat membantu untuk elakkan komplikasi jadi lebih teruk. 

Antaranya bacaan tekanan darah, pemeriksaan darah dan ujian protein urin.

Manaakala tanda gejala yang boleh berlaku selepas praeklampsia jadi lebih teruk adalah dengan sakit kepala keterlaluan, sakit bawah tulang rusuk. Loya teruk, muntah muntah, berat badan naik mendadak dan bengkak pada muka atau tangan.

Siapa yang berisiko?

1. Mereka yang ada penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi atau buah pinggang

2. Mereka yang ada penyakit lipus atau antifosfolipid

3. Kehamilan pertama

4. Sejarah keluarga

5. Jarak kehamilan sebelumnya 10 tahun

6. Hamil dengan lebih daripada seorang bayi.

7. BMI 35 dan ke atas

Kesan eklampsia pada bayi menyebabkan bayi tak dapat bekalan darah yang mencukupi, akan lahir dengan saiz kecil dan tak dapat membesar dengan saiz normal di dalam rahim. Akan berlaku juga kelahiran pramatang, celebral palsy, masalah pembelajaran, masalah pemakanan dan usus serta gangguan penglihatan atau pendengaran.

Cara terbaik untuk elakkan berlaku praeklampsia dan seterusnya eklampsia adalah dengan dapatkan diagnosis awal untuk rawatan susulan. Jangan skip dan pastikan konsisten. Rasa simptom yang baru, beritahu doktor korang okey?

Maklumat lanjut pasal praeklampsia atau eklampsia boleh korang dapatkan di SMCV.