Cik Ju faham ramai yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19 ni, ramai yang dicutikan tanpa gaji, kesian anak-anak and family, nak makan apa lah kalau suami dan isteri diberhentikan macam tu je. Lama Cik Ju fikir tentang benda ni.
Tapi masalahnya ada juga pekerja seks yang buat pengakuan dia juga terkesan sebab tak ramai pelanggan akibat covid-19.
Mak aih, waktu macam ni siapa je nak melanggan? Haha tergelak bila Cik Ju baca pengakuan seorang pekerja seks ni, Kate D’Adamo yang menyatakan sebelum ni dia memang tak ada masalah untuk mencari duit poket dan pendapatan lebih untuk menyara hidupnya.
“Pekerja seks terkesan dengan keadaan yang membahayakan kesihatan ini, untuk mereka yang bekerja dalam perkhidmatan ini yang memerlukan sentuhan fizikal secara intim, impaknya sangat luas,: katanya dipetik Daily Star.
Sebelum ini kelab malam di Los Angeles turut membatalkan acara mereka susulan penularan wabak ini.
Hrmm banyak benda yang Cik Ju boleh komen dalam hal ni, tapi Cik Ju taknak downgrade peke;rjaan sesiapa pun, sebab itu hak masing-masing. Buat demi kesihatan dan kebaikan diri sendiri, better you stop dan cari pekerjaan lain once virus ni dah reda.
Ini penting, kalau ada duit banyak tapi you sakit pun tak guna kan Kate? Ini bukan pesanan untuk dia seorang. But untuk kita semua, untuk orang di sekeliling kita supaya jadikan covid-19 ni sebagai 1 pengajaran besar untuk seluruh dunia.
Kesian keluarga kita, kesian anak kecil yang tak berslaah turut melalui perkara yang sukar sekarang ni. Semuanya lumpuh, dan Cik Ju tahu takkan ada seorang pun yang berani nak pergi melanggan tak tentu pasal.
Kalau pergi juga, korang memang cari nahas nak tambah penyakit, kan? Just stay at home okay!
sumber gambar utama : AFP