Cik Ju tengok mak pak yang ada 4, 5 orang anak pun dah kecoh sampai kadang-kadang keadaan dalam rumah macam baru lepas kena langgar tornado. Kalau anak 21 orang macammana agaknya? 

Tapi bagi Sue Radford, 44 dan suaminya Noel, 48, mempunyaii anak seramai 21 orang bukan satu masalah bagi mereka. Cool je, maintain tak ada problem! Haha

Baru-baru ni pulak mereka mendapat satu lagi berita gembira. Sue disahkan hamil 15 minggu! ini menjadikan bilangan keseluruhan anak mereka menjadi 22.  

“Saya berharap ia adalah bayi lelaki kerana kelahirannya akan menyeimbangkan bilangan 11 anak lelaki dan anak perempuan dalam keluarga kami,” kata Radford yang sudah mempunyai tiga cucu.

Kali terakhir pasangan ini mendapat anak adalah pada 2018 dan tidak berhasrat menambah bilangan ahli keluarga mereka lagi. Sehingga kini, mereka mempunyai 21 cahaya mata berusia 30 tahun hingga 18 bulan.

Mommies, apa korang rasa lepas baca berita ni… nak tambah anak lagi ke? Hehe