Biarpun telemovie ‘Saat Hilang Cintamu’ sangat simple tapi kesan yang diberikan kepada penonton sangat mendalam. 

Lagi menyayat lagi bila didedahkan sebenarnya telemovie ini sebenarnya adaptasi daripada sebuah kisah benar yang mana watak utamanya, Pak Cik Razil masih lagi hidup dan sudah berusia 70 tahun. Biarpun isterinya sudah meninggal dunia, Pak Cik Razil masih setia menjaga kubur arwah isterinya dan tidak pernah berkahwin lain.

Menurut Zamarul Hisham yang menjayakan watak Pak Cik Razil, beliau sendiri meremang apabila membaca skrip karya ini. 

Tambah Zamarul, ada beberapa babak yang direka antaranya babak Salina ditangkap basah. Kisah sebenarnya ialah Hadi datang ke rumah dan menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Salina. Apabila keduanya terlantar, Pak Cik Razil sanggup menjaga bukan sahaja Salina tetapi juga lelaki yang menjadi punca rumah tangga mereka goyah.

Di mana semua orang teringin melihat wajah Razil yang sebenar, rupa-rupanya beliau sendiri tidak tak tahu kisahnya telah diadaptasi menjadi telemovie dan menjadi sebutan ramai orang di Malaysia.

Korang dah tengok belum? Sangat sedih kan kisah Razil ni?

TikTok: @karrsharr91sem