“Gaji dah masuk! Kena pergi withdraw duit kejap..”
Waktu-waktu macam ni, penting untuk jaga kebersihan, jangan dekat dengan orang tak tentu pasal sebab melalui sentuhan pun boleh berjangkit virus covid-19 ni.
So Cik Ju tahu sekarang dah dekat dengan waktu gaji, mesti ramai yang akan pergi ke bank untuk keluarkan duit untuk berbelanja. Dalam hal ni, korang kena jaga banyak benda sebab korang mungkin dijangkiti covid-19 hanya kerana mesin ATM. Benda boleh jadi kan? So better kita ambil langkah pencegahan awal.
1st thing, korang mesti amalkan social distance ketika beratur. Ini wajib diingat, okay?
TIPS PENJAGAAN KETIKA BERADA DI ATM
1. Balut hujung pen menggunakan tisu / tisu basah.
2. Tekan butang & skrin guna pen yang dibalut.
3. Setelah selesai, buang tisu yang digunakan.
4. Lap tangan menggunakan Tisu Basah kedua.
Lebih bagus, pakai pula hand sanitizer bila dah selesai buat urusan.
Jangan lupa taw tips ni!
Sumber: Muhammad Zaipul
Sumber gambar utama : youtube