Ada 1 idea lagi Cik Ju boleh bagi dekat korang apa yang boleh dibuat dekat rumah untuk happykan anak-anak!
Benda ni mudah je, malas-malas pun boleh jadi and hasil dia sangat superb! Sebab benda ni sedang trending dan viral di Korea.
Cuma basic nya, korang kena tahu baking kek je.
Cik Ju ada ternampak cara hias kek paling ringkas tapi serius cantik… cantik sampaikan terasa sayang nak potong dan makan. Dikongsikan oleh pengguna Facebook Ct Norzanizan, trend kek ini tak memerlukan hiasan yang rumit, memadai serba ringkas menggunakan whipped cream yang berwarna tapi masih mampu menarik perhatian orang ramai.
Ini idea boleh anda jadikan inspirasi untuk kek hari jadi, ulang tahun atau apa sahaja hari istimewa yang anda sambut.