Okay semalam Kak Jah bukak instagram dan ada sorang kawan Kak Jah ni baru sambut ulangtahun perkahwinannya yang ke-5 dengan encik suami. Tapi, dia mengeluh sikit lah sebab tak boleh sambut di restoran 5 bintang macam selalu kan. Laaaa siapa kata korang tak boleh sambut anniversary yang fun kalau dalam PKP pun?
Haaa meh sini ni ada beberapa tips sambut anniversary dalam PKP yang masih fun dan paling penting, so meaningful!
Tonton movie romantik – so klasik
Haa ambik lah bantal, selimut dan duduklah bergolek depan tv tengok movie dengan cik abang. Kalau anak-anak nak join pun boleh, lagi romantik. Percayalah, kalau korang buat macam ni, korang akan sangat hargai moment begitu dengan keluarga sebab bukan selalu kan semua dapat berkumpul bersama macam ni.
Buat spa di rumah
Keluarkan segala masker dan scrub korang tu dan pamper each other. Sambil-sambil tu korang boraklah pasal life dan apa yang membuatkan korang jatuh cinta dengan each other. Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada pasangan untuk semua yang dah dibuat okay?
Game night
Masa ni lah nak tunjuk skill main game dan kalahkan suami korang. Suami kaki game akan enjoy aktiviti ni dan ini akan buatkan korang sangat hargai each other.
Buat malam bertema
Korang berdua plan lah tema unik untuk anniversary korang. Contohnya, tema kartun ke so dua-dua dress up dengan karakter kartun favourite. Mintak tolong anak siapkan korang dan surprise each other! Super fun kan?
Bubble bath night
Ni untuk yang ada bath tub di rumah tu! Haaa so gunakan bath tub dan mandi lah bersama pasangan dan anak-anak. Sambil relaks, korang pun have fun sangat buat aktiviti macam ni sebab yelah siapa je tak suka berendam dalam bath tub betul tak?
Menarik tak idea anniversary ni? Selepas habis tempoh PKP, korang sambung lah celebrate dekat luar. Tapi for now, enjoy jelah duduk rumah dan mengadap muka masing-masing lagi 2 minggu!