Berpuasa memang terbukti dapat membantu melancaran sistem penghadaman, buang toksin dan pulihkan semula badan secara semulajadi.

Tapi tanpa sedar, sepanjang menjalani ibadah puasa, ramai yang cenderung untu makan dalam portion yang besar tak kisahlah semasa berbuka, sahur atau pun dalam waktu di antara keduanya.

Sebab tu dalam bulan puasa pun pentingnya kita amalkan pemakanan sihat. 

Antara yang dicadangkan oleh Ketua Pemakanan dan Nutrisi, Mondelez International Asia tenggara, Lim Chain Yin berbukalah dengan sebiji kurma dan air diikuti dengan juadah lengkap dan seimbang.

Lepas tu rehat sekejap untuk bolehkan tubuh badan hadam makanan sebelum  nikmati dessert atau snek pilihan contoh macam buahan, sayuran, kekacang bagi pulihkan semula tenaga. Jangan lupa juga minu air secukupnya tau.

Dan elakkan juga ambil makanan yang tinggi kandungan  gula, garam dan minyak sebaliknya pilihlah yang kuantitinya kurang kalau memang teringin nak makan. Paling penting jangan makan sekurangnya 2-3 jam sebelum tidur untuk elakkan masalah penghadaman.

Salah cara makan di bulan puasa, bulan puasa ni nanti berat badan bukan je tak turun tapi makin naik pulak. 

Untuk yang masih tak selera nak bangun makan masa sahur, korang boleh pilih sahur yang ringkas tapi kaya dengan protein dan serat macam telur rebus, biskut gandum, bijirin, keju dan lengkapkan dengan segelas susu untuk hari yang lebih bertenaga.

Sebab tu pentingnya pemakanan yang seimbang dan pemilihan snek yang bijak. Lagi-lagi bulan puasa yang boleh kita jadikan sebagai renungan semula tabiat pemakanan kita sebelum-sebelum ni.