
Hi uols. Haaa buat apa tu? Kak Jah sorang je ke yang perasan bahawa dalam tempoh PKP ni, ramai jugak yang buat roti canai homemade?
Dah alang-alang kita duduk rumah ni, bolehlah belajar macam mana nak buat roti canai ye dok? Sedap jugak pekena roti canai petang-petang ni kan.

Bahan-bahan:
250 gram tepung gandum
50 ml susu cair
¼ sudu besar garam
100 ml air

Cara-caranya:
- Satukan semua bahan ke dalam besen. Kemudian tuang air sedikit demi sedikit dan uli sampai lembut dan tak melekat kat besen dan tangan. Nota: jangan tuang kesemua air, tengok dulu adunan. Atau jika tuang air semua sekali, kena tambah tepung gandum jika terlembik.
- Biarkan 1 jam dalam bekas bertutup supaya tak masuk angin. Selepas adunan jadi bergetah dan kenyal, baru buat bebola.
- Lumurkan bekas dengan majerin. Buat bebola seberat 70-75 gram dan kemudian lumur majerin pada bebola supaya tak melekat.
- Lumur minyak pada tangan dan leperkan bebola menggunakan tapak tangan. Tarik tarik sambil digoyang sampai nipis.
- Kemudian dilipat empat persegi atau dibulatkan. Kemudian dipenyet penyetkan sebelum dibakar.
- Sedia untuk dibakar menggunakan kuali non stick dan sedikit minyak.
- Setelah masak, dikepuk kepuk roti canai dengan dua dua belah tangan.