Manfaat susu coklat untuk anak-anak – rupanya perisa coklat lebih baik!

Perasan tak kalau budak-budak ni diorang memang selalunya lagi suka minum susu berperisa coklat berbanding perisa lain. Kita sebagai mak-mak ni kalau boleh nak lah anak minum flavour lain betul tak, ada lah kepelbagaian sikit.

Samalah dengan anak Kak Jah, kalau beli apa-apa pun mesti nak perisa coklat. Aiskrim ke biskut ke.

Tapi takpe mommies sebab susu perisa coklat ni banyak manfaatnya. Apa manfaatnya?

Sumber tenaga

Susu berperisa coklat boleh memberikan sumber tenaga secara optimum. Susu coklat mengandungi kalsium, karbohidrat dan sumber lemak baik yang diperlukan oleh badan.

Mewujudkan perasaan gembira

Coklat ni kaya dengan serotonin yang membina perasaan bahagia dalam diri kita. Jangan cakap kanak-kanak, orang dewasa pun happy kalau dapat makan coklat betul tak? Hehe. Coklat jugak menghasilkan endorfin yang menjadikan anak-anak lebih bersemangat dan ceria.

Rasa yang sedap

Yang ni tak payah bagitahu kot? Haha coklat ni memang rasa sedap sangat kalau nak dibandingkan dengan susu putih atau susu strawberry. So, memang kanak-kanak suka lah.

Berkhasiat

Jika dibandingkan dengan pelbagai minuman perisa yang terdapat di kedai tu, susu coklat ialah minuman yang berkhasiat dan mengandungi kandungan nutrisi lebih baik. Ia boleh menguatkan tulang dan gigi kanak-kanak dan menghalang kekurangan kalsium.

Haaa so dah boleh lah borong susu coklat lepas ni. Tapi jangan lupa tinggalkan sikit untuk orang belakang tau!