Tanam tauge dalam rumah masa PKP, memang inovatif

Okay so selain jadi chef dan jadi personal trainer, Kak Jah dengar cerita ada yang jadi petani pulak masa PKP ni. Amboiii korang memang menceburi pelbagai bidang kerjaya baru ye? Hehe.

So khabarnya ada sorang wanita yang dikenali sebagai Mee Ho Chew menanam tauge dalam botol air sepanjang PKP ni. So, Chew share lah cara dia tanam tauge sendiri. Senang nanti nak goreng char kuetiau ye dok?

So, mula-mula dia ambik satu botol air dan rendamkan setengah cawan biji kacang hijau bersama air dan dibiarkan selama 6 jam.

A bottle of water on a table

Description automatically generated

Pastu, Chew buang semua air tersebut dan jauhkan ia daripada cahaya matahari. 

A picture containing food, photo, grass, colorful

Description automatically generated

Dia kemudian hanya masukkan air dalam botol tersebut pada waktu malam. Esok paginya, dia akan buang semula air tu. Lepas sehari, dah boleh nampak dah biji-biji kacang hijau tu macam nak jadi tauge.

Waaa excited pulak Kak Jah hehe.

Masuk hari kelima, botol air tu dah jadi macam ladang tauge! Penuh uols! 

Lepas dah jadi tauge tu, haaa ramailaaaaa netizen yang share result tanam tauge diorang dengan Chew. 

Semakin ramai jadi petani! Hahaha okay lah ada sesiapa nak cuba jadi petani jugak? Kak Jah nak join jugaklah, nak pi cari biji kacang hijau sat hehe bye!

A close up of food

Description automatically generated