Banyak stok susu basi? Boleh buat keju sendiri!

Siapa sini macam Kak Jah suka beli susu banyak-banyak lagi-lagi masa tengah promosi? Kalau belum dibuka, OK lah. Tapi kalau dah buka susu ni cepat jadi basi. So, apa nak buat dengan susu basi ni selain buang? Buat keju uos!

Haa ni Kak Jah jumpa kaedah nak buat susu jadi keju. Moh ler kita cuba. Ini adalah perkongsian Rini Haryanie.

A bowl of rice on a plateDescription automatically generated

Katanya, dia terlupa nak simpan susu yang dibelinya dalam peti ais dan sus tu pun basi.

Sayang nak buang, dia kemudian buat keju sendiri.

Bahan-bahan:

  • Susu kotak krim penuh
  • Satu sudu besar cuka
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

A bowl of food on a plateDescription automatically generated

1.   Rebus susu yang sudah basi dengan api perlahan.

2.   Kemudian masukkan cuka dan garam. Kacau rata. (Cuka berfungsi untuk mengasingkan susu dan air).

3.   Rebus sehingga mendidih dan tutup api.

4.   Seterusnya, tapis rebusan susu tadi menggunakan kain bersih seperti kain lampin bayi. Tunggu sejuk dan perah keju.

5.   Akhir sekali, mampatkan keju tadi dalam loyang kek atau bekas yang sesuai.

Siap! Bolehlah guna keju ni untuk buat benda lain pulak. Buat kek ke kan. Hmm menarik idea ni.

A picture containing indoor, table, cake, sittingDescription automatically generated