Haaa budak-budak pun ada perangai cemburu diorang tau, perasan tak? Macam anak Kak Jah yang sulung tu, suka betul cemburu dengan adik dia yang kecik sekali tu.
Kira kalau Kak Jah bagi apa apa dekat si adik, haa mulalah abang dia mengamuk. Aduh, pening tau nak layan. Maka Kak Jah pun cari lah tips nak kawal anak cemburu ni. Harapnya menjadi lah.
Peka akan tingkah laku anak
Pastikan mereka tidak lepas daripada pandangan mommies dan ajak mereka berbual dalam bahasa yang mudah. Walaupun berusia dua atau tiga tahun, ingat si kecil juga mempunyai naluri kemanusiaan dan mahu dihargai.
Dahulukan si kecil yang sudah bergelar abang / kakak
Haaa ni tips kena ikut ni, dahulukan abang atau kakak sebab mereka ni senang sangat rasa cemburu! Ini supaya mereka faham bahawa mereka tidak diketepikan.
Ajak mereka mengenali adik yang baru dilahirkan
Benarkan mereka sentuh adik kecil mereka dan cuba tanya apa yang membuatkan mereka sayang kepada adik kecil itu.
Pastikan bahagi perhatian sama rata
Pastikan juga si kecil ada dalam rutin penjagaan bayi anda agar mereka berasa penting dalam hidup kedua-dua ayah dan ibunya. Jika mahu memandikan bayi, biarkan mereka ada di sisi atau minta tolong mereka pegang tuala untuk adik kecil mereka.
Mommies lain kalau ada masalah sama bolehlah cuba ya.