Resepi ayam goreng mamak bikin ketagih!

Memang resepi ni ramai dah tahu tapi ada je org masih tanya Cik Ju cemana nak buat ayam goreng ala mamak tu… sedap kan?

Sebab tak boleh keluar makan nasi kandar kat kedai, kita buat sendiri la kat rumah ni… simple tapi buat orang ketagih! Ye dak? Hehe jom kita tengok resepi dia… 

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 6 sudu makan tepung beras
  • 3 tangkai daun kari

Bahan untuk dikisar:

  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah

Cara-cara:

1.   Perap ayam dgn bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.

FB Ibu Resepi

2.   Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak.

FB Ibu Resepi

Uols mungkin berminat baca:
Roti gebu macam Rotiboy
Jom buat taufufa sendiri di rumah!
Jom try kek batik white coffee!