Korang kalau suka makan masakan Minang, mesti suka makan daging Dendeng Minang yang garing dan pedas tu? Sekali makan boleh buat ketagih, memang sedap. So harini Kak Jah nak kongsikan tips dan cara masak daging dendeng fav korang tu. Bolehlah cuba masak untuk lunch esok!
Bahan-bahan:
- 250gm daging batang pinang
- 8 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 4 batang cili merah
- 4 tangkai cili kering
- 300ml air kelapa
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia
Cara-cara:
- Cuci daging bersih2 dan gaulkan dengan bahan kisar
- Didihkan air kelapa dan masukkan daging. Rebus sehingga empuk, tambah air jika perlu
- Lepas daging dah empuk, hiris nipis2 dan tumbuk guna lesung batu.
- Panaskan minyak dan goreng daging seketika sahaja.
- Keluarkan daging dan dengan minyak sama tu, tumis bahan kisar sehingga garing.
- Tambahkan air asam dan air rebusan daging sikit.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Gaul dengan rata dan tutup api. Boleh dihidangkan.
Sedapnyaaaa kan. Korang selalu kalau makan daging dendeng padankan dengan lauk apa? Kak Jah suka kobis masak lemak sebab lemak-lemak daripada kuah santan tu macam kena dengan pedas-pedas daging dendeng tu kan.
Okay selamat mencuba!