Uishh siapa je yang tak suka makan ayam goreng tepung crispy yang rangup giler tu! Kak Jah walaupun dah mak-mak, kalau makan ayam goreng ni memang layan habis, macam budak2 pulak rasanya!  Tapi, bila goreng ayam ni ada kalanya elok je jadinya, ada kalanya tak rangup pulak. Haaa mana silapnya tu ye?

Meh Kak Jah share dengan korang tips nak bagi ayam goreng korang tu rangup, kalah iklan MCd!

Gunakan tepung yang betul

A cup of coffee

Description automatically generated

Untuk mendapatkan makanan goreng salut tepung yang betul, korang kena tahu jenis tepung apa yang harus digunakan. Contohnya, tips paling selalu Kak Jah nampak ialah campurkan tepung gandum dan tepung ubi. Nak lagi rangup? Tambah sikit soda bikarbonat. Memang layan ayam goreng korang tu!

Sediakan adunan tepung basah dan kering

A picture containing food, plate, indoor, spoon

Description automatically generated

Korang boleh guna dua adunan tepung iaitu satu adunan basah dan satu adunan kering. Mula-mula, celupkan ayam dalam adunan basah dan celupkan pulak dalam adunan kering baru goreng dengan minyak yang sangat panas. Memang ayam tu crispy nanti. 

Pastikan tangan kering

Ini silap yang selalu dibuat betul tak? Tangan basah dah pegang ayam. Pastikan tangan korang kering tau sebab ini bagi mengelak adunan kering tu menjadi berketul2 dan basah. Hasilnya nanti, ayam korang serap minyak je tapi tak rangup.

Goreng guna minyak banyak

A picture containing kitchenware, strainer, food, metal

Description automatically generated

Ini wajib ya, pastikan kuali korang tu penuh dengan minyak. Kalau boleh gunakan kuali yang besar dan agak kedalam. 

Elak goreng terlalu banyak dalam satu masa

A picture containing food, piece, sitting, eaten

Description automatically generated

Bila dah letak minyak banyak2 tu, jangan pulak korang goreng semua ayam yang ada sekaligus! Gorengan perlu ada ruang yang cukup supaya tepung tu jadi rangup dan masak dengan elok. 

Okay mommies, jomlah cuba. Nanti mesti anak2 puji ayam diorang lebih rangup. Mommies pun happy ye dok?