Puding tembikai dessert menarik di bulan Ramadhan

Memandangkan bazar tak ada tahun ni, ramai yang cuba research apa menu yang sesuai untuk dihidangkan pada seisi keluarga. 

Selain menu berat, dessert pun penting juga untuk kembali memberi tenaga setelah seharian berpuasa! Pengguna laman facebook, Mas Cotek ada berkongsi resepi dengan kita cara membuat puding tembikai. jom mommies kita try, mesti anak suka! 

Resepi Puding Tembikai

Bahan A:

  • 1 paket serbuk agar² (10gm)
  • 4 cawan air

Bahan B (diblend):

  • 3 keping roti putih gardenia
  • 1 biji telur
  • ¼  cawan gula
  • ½  cawan susu pekat
  • 2 sdb mentega/margerin
  • 1 tin susu cair
  • 1 sdt esen vanilla
  • ½ sdt perisa rose golden lion + ½ sdt bright red
  • ½ sdt pewarna hijau tua + 1 sdt pewarna hijau apple star brand

Bahan Lain (biji² tembikai):

  • Cincau
  • Bijan hitam
  • Selasih
  • Coklat chip
  • Coklat rice

Cara-cara:

  1. Masak bahan A sehingga larut
  2. Perlahankan api
  3. Masukkan pula bahan blend dan kacau sebati
  4. Dengan menggunakan api perlahan masak sehingga adunan mendidih/naik wap
  5. Tutup api

Untuk loyang 8×8

  1. Ambil 1 cawan adunan puding diwarnakan hijau
  2. Tuang ke dalam loyang/sejukkan
  3. Cakar dgn garpu permukaan puding
  4. Ambil ¾ cawan adunan puding iaitu warna asal tuang ke atas lapisan hijau sejukkan
  5. Cakar juga permukaan puding
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah masukkan cincau atau bijan hitam (terpulang)
  7. Tuang merah ke atas lapisan asal kemudian sejukkan
  8. Siap/sedia dihidangkan

Untuk loyang segi 3 (Loyang Segi 3 ni ada jual di bakery)

  1. Tuang merah, warna asal dan akhir sekali hijau
  2. Ikut langkah2 yg sama… siap! 

Selamat mencuba!

uols mungkin berminat baca:
Roti Gardenia pun boleh jadi pizza
Ingatkan susah… senang rupanya buat puding pisang kastard ni!