Apa sahaja yang letak cheese pasti jadi viral.

Lepas sahaja viral, sana sini asyik-asyik ternampak orang kongsi resepi ni. Visual dia pun memang nampak mengancam.

Seorang pengguna Facebook, A Nur Aziz ada berkongsi cara mudah menghasilkan resepi viral ni.

Bahan-bahan utk Roti:

  • 120gm Susu Full Cream
  • 30gm gula kastor
  • 5gm yis
  • 250gm Tepung Gandum
  • 1 biji Telur
  • 30g mentega
  • Garam

Cara hasilkan roti:

  1. Masukkan susu (suam), telur, yis, gula kastor, garam dan telur ke dalam pengadun.
  2. Masukkan tepung dan gaul selama 5 minit.
  3. Masukkan mentega dan gaul selama 10 minit.
  4. Biarkan roti kembang selama 30 minit sebelum dibentukkan bulat.
  5. Adunkan mengikut saiz roti yang diinginkan dan bakar pada suhu 170 darjah selama 25 minit.

Nota: Nak beli terus roti burger pun boleh.

Bahan-bahan utk Inti Cream Cheese:

  • 200gm Krim Cheese
  • 30gm Gula kastor
  • 50gm Whipping Cream (Dairy)

Cara masak cream cheese:

  1. Putar cream cheese dan masukkan gula kastor.
  2. Masukkan whipping cream dan putar hingga sebati sebelum masukkan ke dalam piping bag.

Bahan-bahan utk Sos Bawang Putih:

  • 130gm Mentega
  • 50gm Bawang Putih Cincang
  • 30gm Susu Pekat
  • 1 biji Telur
  • 20gm Gula
  • 3gm daun Parsley

Cara masak sos bawang putih:

  1. Cairkan mentega guna kaedah double boiling. Lepas cair biarkan sejuk sehingga suhu bilik.
  2. Masukkan telur dan kacau rata sebelum masukkan gula kastor, bawang putih cincang, susu pekat dan daun parsley.
  3. Kacau rata dan ketepikan.

Cara buat Korean Garlic Bread:

  1. Potong roti kepada empat bahagian (jangan sampai putus).
  2. Masukkan cream cheese ke dalam rekahan roti guna piping bag.
  3. Salutkan roti dengan sos bawang putih.
  4. Bakar semula dengan suhu 160 darjah selama 15 min.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Kredit gambar: Facetofeet, Kumparan