Kalau sebut kurma je bulan puasa, bulan puasa je kurma betul tak. Okay so harini Kak Jah nak share dengan korang 3 resepi enak berasaskan kurma.

Moh ler buat.

Kurma Shake

A picture containing cup, coffee, table, indoor

Description automatically generated

Bahan-bahan:

  • 1 cawan oat
  • 1 cawan susu segar 
  • 4 biji kurma yang sudah dibuang biji
  • 1 cawan air 
  • 1 pisang (pilihan)

Cara-cara:

  1. Campurkan oat dengan susu segar. Gaulkan sekata.
  2. Rendam kurma ke dalam air.
  3. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman.
  4. Kisarkan kesemua bahan itu.

Agar-agar Kurma

A close up of a cake on a plate

Description automatically generated

Bahan-bahan:

  • 1 cawan kurma yang telah dibuang biji
  • 1 paket agar-agar
  • 2-4 cawan gula
  • 2 cawan susu
  • 5 cawan air

Cara-cara:

  1. Kisar kurma dengan secawan air. Ketepikan.
  2. Didihkan lima cawan air dalam periuk.
  3. Masukkan agar-agar dan apabila agar-agar sudah hancur, masukkan gula.
  4. Kemudian, masukkan susu dan kurma kisar.
  5. Masak sehingga mendidih dan kemudian tuang ke dalam acuan.
  6. Sejukkan dalam peti sejuk dan siap untuk dinikmati ketika waktu berbuka.

Cucur kurma

A close up of food

Description automatically generated

Bahan-bahan:

  • ½ cawan kurma, dibuang biji dan dihiris halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu susu pekat manis
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat
  • ½ sudu kecil garam
  • Sebiji telur
  • Dua cawan air

Cara-cara:

  1. Campur kesemua bahan dan kacau sebati.
  2. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.

Selamat mencuba semua!