Siapa lagi pernah dengar bahawa wanita ni paling cantik bila dia dah masuk umur 30-an?
Kata orang tua-tua kan, wanita ni kalau cantik masa umur 30-an, maka dia memang akan cantik lah sampai ke tua. Kira umur penentu lah ni. Haa jom Kak Jah share kenapa wanita umur ni nampak cantik dan berseri ya.
1. Makin Berpengalaman
Berbanding usia 20an, wanita yang berusia 30an biasanya lebih matang dan berpengalaman. Kalau dulu ramai yang dalam fasa ‘tercari-cari’, wanita 30an lebih berani untuk mengatakan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ tanpa berasa ragu.
Mereka kini lebih fokus terhadap prioriti dan tahu mengendalikan segala rutin harian dengan lebih baik. Oleh itu, mereka tak mudah melatah kerana self control masing-masing berada pada tahap yang paling optimum.
2. Nampak Lebih Sofistikated
Kebanyakan wanita 30an nampak lebih sofistikated dan bergaya berbanding zaman mudanya kerana pada masa ini mereka lebih selesa dengan diri masing-masing. Tak perlu berlebih-lebih, pakailah sesimple mana pun, tetap cantik dan nampak cantik!
3. Kurang Masalah ‘Remaja’
Perasan tak, kalau sebelum ini macam-macam produk dipakai untuk menghilangkan jerawat, mengurangkan keputihan, bau badan dan sebagainya. Tapi semua masalah ini seolah-olah ‘hilang’ begitu saja apabila usia mula menjengah usia 30an.
Wajah pun nampak lebih bersih, berseri sedangkan kita dah tak pakai sebarang make-up.
4. Berada Pada Puncak Kerjaya
Bagi yang bekerja, biasanya pada usia ini ramai yang sedang berada di ‘puncak’ kerjaya masing-masing. Ada yang dinaikkan pangkat, dah habis belajar Master / PhD, berjaya mengembangkan bisnes atau rasa seronok menguruskan anak-anak di rumah. Tak kiralah apa pun yang sedang dilakukan, wanita pada usia ini kebanyakannya berasa seronok dan puas dengan apa yang sedang diusahakan. Kurang rasa stres, serabut dan tension macam yang biasa dirasakan pada usia 20an dulu.
5. Rasa Paling Konfiden
Wanita pada usia 30an juga biasanya sudah berkeluarga dan dah settle down di rumah dan banyak melakukan pelbagai aktiviti sendiri. Wanita paling konfiden, menarik dan selesa dengan diri sendiri ketika berusia 31 tahun. Jadi, kalau dah konfiden tu maintain sahaja ya!