Memang sedap kalau waktu berbuka makan masam-masam sikit sebagai memecah selera uols yang berpuasa sepanjang hari.

So mommies ini cara simple yang uols boleh gunakan untuk membuat ikan siakap masak stim! 

Seorang pengguna Facebook Zurina Zulkefli telah berkongsi resepi ikan siakap stim yang mudah disediakan. Apa kata mommies ikuti perkongsiannya. 

f7f4
  • Seekor ikan siakap
  • 2 biji limau nipis (dipotong dua)
  • 1 batang serai (dihiris nipis)
  • 5 halia (dihiris nipis)
  • 3 cili merah kecil (dihiris)
  • 3 cili hijau kecil (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 batang daun ketumbar
  • ½ kiub pati ayam
  • 4 sudu besar sos ikan

Cara-cara: 

1.   Bersihkan ikan siakap dan hiris bahagian badannya.

2.   Selepas itu, masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan.

759f
8197

3.   Kemudian, perahkan jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir.

4.   Setelah itu, kukuskan ikan selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.

Kuah stim: 

1.   Gorengkan bawang putih di dalam kuali sehingga warna kuning keemasan.

2.   Padamkan api dan masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau, cili merah, lebihan serai dan perahan jus limau.

faaa
1218

3.   Rasa dahulu kuahnya dan tambahkan air, garam dan gula mengikut citarasa sendiri.

4.   Kemudian, kacaukan kuah sehingga semuanya sebati.

Cara terakhir: 

1.   Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun ketumbar.

2.   Kukuskan lagi ikan siakap bersama kuah selama 3 minit.

3.   Angkat ikan daripada periuk dan ikan siakap stim sedia dihidang.

Siap! Bolehlah uols nikmati bersama keluarga, dimakan panas-panas.

uols mungkin berminat baca:
Jom buka puasa dengan bebola daging IKEA homemade!
Dari menghiburkan, bertukar menjadi kontroversi gara-gara pau hangus