5 rempah ni boleh jadi penawar kesihatan

Kita mommies ni apa je jenis rempah kita tak kenal betul tak. Semua rempah ada dekat dapur tu sebagai pelengkap masakan.

Tapi, korang tau tak yang rempah ni selain daripada menjadi penyedap masakan, ia juga boleh jadi penawar kesihatan.

Wow! Menarik tu. Jadi, jom Kak Jah share sini rempah apa yang boleh menjadi penawar.

1.   Jintan manis

Kaya dengan antibakteria dan efek anti-radang, jintan manis sering digunakan untuk melegakan selesema, sakit gigi dan untuk tingkatkan fungsi sistem imunisasi. Ia juga bantu pencernaan dan melegakan kembung perut.

2.   Buah pelaga

A picture containing food, cake, piece, banana

Description automatically generated

Dipercayai boleh mengatasi keasidan perut, meningkatkan selera, mengurangkan loya, mencegah mulut berbau dan juga melegakan angin serta kembung perut. Dikenali sebagai queen of all spices, buah pelaga mengandungi antioksidan hebat dan sering digunakan sebagai liver detox.

3.   Cengkih

A piece of food

Description automatically generated

Kompaun aktif dalam cengkih berikan kebaikan antibakteria dan antikulat. Ia juga mempunyai efek anti-radang dan kajian membuktikan bahawa ia berkesan untuk detoksifikasi daripada pencemaran alam sekitar.

4.   Jintan putih

A picture containing sitting, food, wooden, table

Description automatically generated

Jintan putih adalah remedy herba tradisional dan sering digunakan untuk diuretik, melegakan sakit perut dan kekejangan usus, morning sickness serta membantu bagi rawatan carpal tunnel syndrome.

5.   Halba

A picture containing food, table, plate, paper

Description automatically generated

Fenugreekine adalah bahan kimia yang terkandung dalam halba dan dipercayai amat hebat untuk kurangkan kandungan gula dalam darah. Ia digunakan sebagai suplemen semulajadi untuk insulin. Halba juga merupakan ekspektoran kuat dan digunakan sebagai penawar tradisional untuk melegakan ketidakhadaman, alahan dan bronkitis.

Menarik kan? Jadi kalau ada apa-apa masalah kesihatan tu, bolehlah gunakan rempah sebagai penawar. Tapi seeloknya dapatkan nasihat doktor dulu ya!