Buat tepung pelita sendiri, rupa dan rasa sebijik macam kat bazar!

Cik Ju memang LOVE kuih tepung pelita ni! Pantang jumpa kat bazar, confirm beli. Pada mommies yang tak tahu cara nak buat tepung pelita yang sedap, boleh guna resepi yang dikongsi Wan Nurul Hidayah dalam media sosial Facebooknya. Gerenti elok kejadiannya!

Bahan-bahan: 

Untuk bahagian hijau

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung beras cap apa sahaja selain 5 gajah
  • 4 cawan air
  • 1 sudu besar pewarna hijau epal

Untuk bahagian putih

  • 4 – 5 sb tepung beras
  • 200 – 250ml santan kotak
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

1.   Untuk bahagian hijau, satukan semua bahan ke dalam periuk. Kacau dulu bagi sebati, masak dengan api sederhana sampai pekat. Kacau berterusan ya. Jangan berhenti kacau sebab nanti berketul. Dalam 10-15 minit adunan dah pekat dah. Jumlah masa nak buat ni lebih kurang ½ jam sahaja.

2.   Bila dah agak likat, terus masukkan panas-panas dalam acuan.

3.   Untuk masak bahagian putih, caranya sama juga seperti di atas. Masak atas api hingga sebati dan pekat / sampai ada buih besar meletup.

Resepi tepung pelita viral

4.   Bila bahagian putih yang dimasak tu dah likat, boleh tuang di atas lapisan hijau. Tuang panas-panas ya.

Tips tambahan:

Kisar 2 sudu gula pasir sampai jadi gula hancur. Tabur rata di setiap bekas sebelum letak bahagian hijau. Jadi lagi sedap bila gula tu cair. (Kalau tak faham, tengok dekat bawah ni ada contoh gambar yang dipinjam dari Facebook.)

Hasilnya sebijik macam beli dekat bazar! simple je resepi tepung pelita ni kan?

Kejap je dah siap. Makan sejuk-sejuk lagi sedap! 

uols mungkin berminat baca:
Dari menghiburkan, bertukar menjadi kontroversi gara-gara pau hangus
Jom buka puasa dengan bebola daging IKEA homemade!