Rancangan Korea sekarang memang in-trend. Salah satu kekuatan utama mereka ialah memperkenalkan budaya mereka menerusi rancangan yang kini menjadi tumpuan di seluruh negara. 

Antara yang memang kita akan nampak dalam rancangan Korea ialah kimchi atau nama lainnya jeruk. Mungkin kimchi yang ada di pasaran tidak kena dengan tekak orang Melayu kita, jadi min nak share resepi kimchi yang dah di-Melayu-kan, sharing daripada Ika Ezzati Kamal.

Bahan Potong: Potong ikut saiz mulut

  • kobis panjang (rendam dengan garam yang banyak selama 2 jam kemudian bilas 3x) 
  • bawang holland (optional, saya letak sebab saya suka) 
  • daun bawang (saya tak suka, jadi saya tak letak) 
  • lobak putih 
  • lobak

Nota: Bahan-bahan bergantung pada banyak mana nak makan. 

Bahan Kisar:

  • sebiji bawang besar
  • selabu bawang putih
  • seinci halia
  • sebiji buah lai atau epal merah (optional, ada tak apa, tak ada tak apa) 
  • dua jemput udang kering (kalau tak ada, boleh pakai ikan bilis tapi kalau dua-dua tak ada, tak perlu letak)

Nota: Jangan terlalu letak banyak air masak. Sekadar untuk mesin berputar.

Bahan Perasa:

  • serbuk cili ikut tahap kepedasan masing-masing (saya guna brand BABAS, tak ada tambah sos Korea, gochujang atau apa-apa, gunakan apa yang ada)
  • garam, gula, kicap ikan atau kicap sotong secukup rasa 

Bahan Kuah:

  • Tepung beras dimasak atas api sampai kental (kalau tak ada, boleh guna tepung pulut, tepung jagung atau kalau tak ada tak perlu letak) 

CARA-CARA:

  1. Gaul sebati semua bahan 
  2. Masukkan daalm bekas kegemaran.
  3. Tinggalkan sikit ruang udara untuk proses penapaian keluarkan gas. Bimbang buka2 tuppaware meletup kena muka. 
  4. Nak cepat makan, letak dekat luar 2-3 hari kemudian boleh makan. lepastu masuk peti sejuk. ataupun lepas buat letak je terus dalam peti sejuk. Harini buat minggu depan makan. 

Mudah je kan sis ni. Tak ada guna bahan yang kita nak sebut nama dia pun sikit punya susah. Yang penting tetap nampak menarik dan sesuai untuk yang tekak Melayu ni.

Boleh juga buat stok untuk Ramadan yang dah tak lama ni.

Kredit resepi dan gambar: Ika Ezzati Kamal via MAHN