Lalu depan Famous Amos mesti terliur kan dengan bau cookies dia tu. Ya Tuhan, bukan main wangi lagi baunya.

Buat korang yang suka sangat makan biskut choc chip yang Famous Amos tu jual, ada resepi ni sis nak share dengan korang macam mana nak masak biskut ni dengan cara paling mudah. Yang penting hasilnya memang akan menjadi.

Rasa? Tak payah cakap. Mestilah terasa macam alaala yang beli dekat kedai tu!

Jom tengok resepi mudah yang sis jumpa dekat TikTok ni.

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • ½ cawan brown sugar
  • 1 biji kuning telur
  • 250g buttercup
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 mangkuk kecil choc chip

Cara penyediaannya sangat mudah. Macam sis cakap tadi ada 3 je langkah dia:

  1. Gaulkan kesemua bahan-bahan kecuali baking soda dengan choc sampai rata. Baking soda dengan choc chip letak lepas adunan bahan asas dah siap.
  1. Gentelkan adunan ikut saiz cookies yang korang nak.
  1. Bakar dalam suhu 160 darjah selama 30 minit. Masa masak bergantuk pada suhu masing-masing.

Lepas dah habis timing bakar tu, dah siap! Cuma tunggu biskut sejuk sikit sebelum susun lawa lawa dalam bekas kuih raya. Kalau dihidang dekat tetamu, memang akan dorang tuju yang ni lah. Selain daripada almond London tu.

Macam tak percaya kan senang sangat nak buat cookies ala Famous Amos ni? Bahan yang digunakan pun bukannya banyak pun. Resepi kuih yang paling simple.

@z4rr4ri4n4

Repost video tahun lepas 🍪 raya tahun ni tak boleh ziarah raya ramai² tauu 😂 #RayaOkay #dudukrumah

♬ Hari Raya – Najwa Latif & IamNeeta & Mimie Haris & Deanna Hussin

Korang pun apa lagi, selamat mencuba! Boleh try untuk Raya 2021 ni.

Kredit resepi & gambar: @z4rr4ri4n4