Macam-macam idea dibuat waktu kuarantin di rumah ni. Selepas skuter terbang dibina di China, satu lagi perkara unik dicipta seorang bapa untuk membonceng anaknya selepas habis tempoh kuarantin nanti.
Yelah, kasih ibu membawa ke syurga, kasih seorang ayah, macam-macam benda kreatif dibuat khas untuk anaknya. Tak gitu?
Btw, motosikal itu patuh pada penjarakan sosial di mana ia mempunyai jarak 1m antara pembonceng dengan penumpang.
Malah motosikal itu juga mempunyai kelajuan 40km sejam dicipta sendiri oleh Partha Saha, dari negeri Tripura, India.
Menurutnya, idea bagi menghasilkan motosikal patuh penjarakan sosial ini timbul selepas beliau sedar akan kepentingan “sosial distancing”, namun menjadi masalah khasnya kepada pengguna motosikal.
“Saya beli motosikal buruk dari penjual barang lusuh sebelum keluarkan enjin dan potong 2 bahagian.
“Kemudian saya gunakan batang besi lebih satu meter bagi menyambung dua bahagian antara tempat duduk penunggang dan pembonceng,” katanya.
Motosikal terbabit menggunakan kuasa bateri yang memakan masa 3 jam untuk sekali pengecasan bagi menampung perjalanan 80km.
“Kini, saya boleh membonceng anak perempuan saya berumur 8 tahun tetapi masih mematuhi penjarakan sosial.
“Saya tak mahu dia naik bas sekolah dalam keadaan sesak,” katanya.
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun