Antara produk lokal yang uolls boleh support adalah Libra Wellness! Meh sini I cerita kenapa..

Pengasas & CEO Libra Wellness, Jeremy Andrus bersama isterinya, Carmen Khor yang juga merupakan Co-Founder dan Brand Director, telah bina brand kecantikan dan kesihatan yang betul-betul fokus pada bahan semulajadi 100% dari tumbuhan di Malaysia. Jeremy dan Carmen berhasrat untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan dengan menyediakan pilihan penjagaan kulit dan rambut yang memanfaatkan faedah produk berasaskan tumbuhan. 

Carmen Khor (Kiri), Jeremy Andrus (Kanan)

Terdapat tiga produk daripada Libra Wellness yang boleh didapati di pasaran iaitu, Shampoo, Conditioner dan juga sabun badan.Kebanyakkan bahan yang digunakan dalam produk mereka adalah semulajadi seperti Alpukat, Kelapa dan juga Brokoli. I dah cuba shampoo diorang, memang best tau! Selalunya rambut kita akan rasa kesat bila pakai shampoo, tapi Libra Welllness punya shampoo tak meninggalkan rasa kesat pun. Jangan risau kepada yang mempunyai kulit sensitif, korang boleh pakai tau! Yang bestnya, shampoo diorang boleh pakai dekat orang yang berambut lurus, keriting, dan juga berwarna. 

Bukan sahaja produk Libra Wellness ni bagus untuk diri kita, ia juga bagus untuk alam sekitar! Botol mereka diperbuat 100% daripada aluminium dan bebas dari kekejaman haiwan. So, korang tunggu apa lagi?? Jom sapot lokal kita! 

Dapatkan produk di sini >> https://www.libra-wellness.com/