Mommies semua tak perlu belanja dengan kos yang tinggi untuk dapatkan kulit yang cantik, amalkan beberapa tips yang ada ni, uols boleh dapatkan kulit yang cantik di luaran dan sihat tubuh badan.
Dan cara yang lebih baik untuk melakukannya ialah dengan memulakan rutin detox water. Detox water adalah cara terbaik untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan untuk kulit cerah dan bersinar.
Tapi bosan kan kalau minum air kosong je? So uols boleh campurkan dengan beberapa bahan lain untuk memberi nutrien yang lebih baik pada kulit!
Buah sitrus (lemon, oren, limau gedang): memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen kerana kandungan vitamin C yang tinggi dan dianggap sebagai anti-oksidan.
Strawberi: kaya dengan asid, folat dan vitamin C, yang masing-masing berfungsi untuk meneutralkan kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Ellagic acid juga membantu melindungi kulit daripada kerosakan UV.
Epal: kaya dengan asid maleik, yang membantu membersihkan dan melembutkan kulit dengan memperbaharui sel kulit.
Timun: penuh dengan antioksidan, termasuk vitamin C, beta-karoten, dan mangan. Ia juga menghidrat, kulit lembut bagaikan bayi.
Pudina: kaya dengan antioksidan dan flavonoid. Pudina terkenal untuk menenang dan menyembuhkan keradangan dan merawat jerawat.
Tembikai: membantu membuang toksin dalam badan dan penuh dengan antioksidan, yang membantu melawan radikal bebas.
Cuka epal: kaya dengan enzim yang membantu menyeimbangkan bakteria di usus. Ia juga membantu melancarkan penurunan berat badan dengan membantu penghadaman.
Aloe vera: terkenal dengan sifat penyembuhannya apabila digunakan secara topikal pada kulit. Walau bagaimanapun, ia juga dapat digunakan secara dalaman untuk mengatasi masalah usus dan juga dapat membantu melahirkan kulit yang lebih cerah dan berseri.
Halia: mempunyai banyak sifat anti-radang dan anti-bakteria. Ia berkesan untuk menjaga kulit cantik dan bersinar dengan mengurangkan keradangan dan menjaga kulit sentiasa terhidrat.
Buah tropika (betik, nanas, kiwi, jambu): penuh dengan vitamin C yang membantu mempertahankan kulit daripada radikal bebas. Vitamin C juga membantu menghasilkan kolagen. Betik mengandungi sejumlah besar vitamin A, enzim penting yang membantu menyembuhkan kulit yang rosak dengan mempercepat pertumbuhan semula sel.
Menggabungkan bahan-bahan ini dengan air menghasilkan minuman yang bukan sahaja menghidrat badan, tetapi juga berfungsi membersihkan dan menyahtoksik sistem uols dari dalam ke luar.
Setiap kombinasi membantu menghilangkan kekotoran dari badan, yang seterusnya membantu mendorong kulit yang cerah dan bersinar.
Selamat beramal!
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun