Sayur brokoli memang sedap. Sama ada makan begitu saja selepas dicelur atau pun dibuat sup, memang selera dibuatnya.

Tapi sebabkan pokoknya yang merimbun, ramai yang masih salah dan tak tahu cara cuci brokoli dengan betul. Kesannya ulat halus yang tak nampak dengan mata kasar masih ada terlekat pada brokoli yang kita makan.

Kredit: Klik Dokter

Jadi untuk buang ulat-ulat halus tu ada beberapa cara yang boleh korang gunakan. Antaranya lepas korang potong kecil brokoli, korang boleh:

  1. Rendam brokoli dalam campuran air dan cuka lebih kurang dalam 15 minit.
Kredit: Wiki How
  1. Rendam brokoli dalam air garam lebih kurang 30 minit – 1 jam.

Hasilnya nanti korang akan nampak banyak ulat-ulat halus dekat air rendaman tadi & dekat celah-celah brokoli tadi.

Kredit: Fieza Nelson

Cara cucian ni bukan je boleh buat dekat brokoli tapi juga dekat sayur-sayur yang bentuk pokok macam kobis bunga dan buah-buah beri.

Lepas dah rendam tu, cuci bersih sayur dan barulah boleh dimasak. Kan lebih menyakinkan?

Selamat mencuba!