Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau.
Boleh ajak anak-anak buat sekali. Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak.
Bahan-bahan:
- 250g buttercup atau boleh guna planta
- 1 cawan gula aising
- 1 sudu kecil esen vanila
- ¾ cawan tepung jagung
- 2 cawan tepung gandum
- Cornflakes secukupnya (letak dalam 3 cawan, ramas sikit ye)
- Chocolate chips
- Chocolate rice (optional)
- Almond cincang (optional)
Cara-cara:
1. Kacau sebati butter, gula aising dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
2. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
3. Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
4. Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepas tu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah.
Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
5. Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160oC masa 20 minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
* Mula-mula keluar dari oven biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Syuhada Che Din
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun