Jom tahun ni buat lemang guna air fryer!

Nampaknya kali ini ramai dalam kalangan kita yang tidak dapat pulang ke kampung sempena menyambut Syawal. 

Tiada sesi membakar lemang di halaman kampung bersama sanak-saudara. Tetapi, selari dengan kehidupan moden 2020 ramai juga dalam kalangan kita yang telah mencuba pelbagai kaedah untuk memastikan juadah lemang tetap ada ketika Hari Raya. 

Kali ini, uols mungkin boleh cuba buat lemang menggunakan air fryer sahaja tanpa perlu bakar di luar rumah. Lebih mudah dan tiada asap ‘mengganggu jiran’ masih boleh rasa suasana raya walaupun hanya di rumah sendiri, mengikut perkongsian Nor Nisrin. 

Cara-cara:

1.   Siang-siang kena potong buluh

2.   4 liter muat untuk 10 batang buluh saiz sederhana. Tinggi dia 4½  inci tanpa guna basket… jadi ukur ½ inci untuk tapak 4 inci untuk bahagian atas… nak bersihkan buluh pakai kain bersih je… 

3.   Pulut tu saya guna ½kg rendam 6 jam dengan air biasa… lepas basuh bersih tos kan then bole mula bancuh santan dia… santan pekat guna sebiji kelapa, kemudian tambah 1 liter air… letak sikit garam n ajinamoto…  rendam lagi sejam.

4.   Dah cukup 1 jam boleh masukkan pulut ¾ ke dalam buluh (jangan lupa hentakkan bagi mampat sikit)… Selebihnya masukkan santan sampai penuh… tengah tu saya letakkan mangkuk supaya buluh x jatuh sbb x guna basket kan.

5.   Ni first batch masa masak… saya guna suhu 150o 25 minit… nak cek masak ke tidak saya guna ‘cake tester’… ada rasa berderap masa cucuk maksudnya tak full masak tengah dia jadi saya tambah lagi 10min…  Alhamdulillah cun je masak pulut tu.

6.   Alhamdulillah… pulut masak cun dan berminyak, x melekat senang je keluarkan dari buluh… jadi buluh bole repeat guna lagi… yang penting balut dengan kain basah bagi tahan lama hayat buluh tu… 

7.   Pulut lembut, lemak dan cukup rasa… 

Sumber: Nor Nisrin

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun