Mango cheesecake, tak perlu guna oven & mixer!

Sebut je kek, mesti ramai yang membayangkan jenis kek dengan hiasan yang menarik sehingga menjadikan sesiapa sahaja terliur. 

Bukan sahaja kek coklat yang menjadi kegilaan ramai malah pilihan jenis cheesecake juga menjadi kesukaan. Salah satu cheesecake yang sangat sedap dimakan adalah mango cheesecake. 

Rupa-rupanya mudah sahaja nak buat kek ini di mana mommies tidak memerlukan oven atau mixer!

Jom kita try! 

Cara-cara: 

1.   Lapisan bawah

  • Cairkan butter separuh..dah cair masukkan biskut yang dihancurkan
  • Kacau-kacau pastu masukkan dalam loyang… padatkan
  • Biskut marie 20-25 keping

2.   Lapisan 2

  • Blend cream cheese yang 250g pastu masukkan whipping cream sekotak kecik dan gula icing dlm 2@3 sudu (kalau nak manis tambah lagi)
  • Bancuh gelatin dalam sesudu besar campur air panas dalam 3 sudu… kacau sampai sebati masukkan dalam adunan blend tadi… blend sampai sebati

*dalam cream cheese kalau nk letak puri mangga atau mangga yang potong kecik2 pun boleh!

3.   Masukkan adunan blend td dlm lapisan pertama… biarkan beku dlm 15-20 minit

4.   Untuk puri mangga – blend sampai betul-betul halus campur dengan gelatin 1 sudu besar yang dah siap dibancuh dengan air panas

5.   Masukkan dalam loyang tadi… pastikan creamcheese dah beku… takut nanti adunan bercampur

6.   Letak mangga yang dah potong kecil… suka hati la nak hias macam mana pun.

7.   Sejukkan… tunggu dalam 4, 5 jam kalau tak sabra, potong ja makan.

Sumber: Nuryatie PG’s

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun