Ayam Goreng KFC, Boleh Buat Sendiri Di Rumah Uols!

Sebut je tentang ayam KFC ni siapa tak geram, dah la kuarantin, tak dapat makan ayam pula. Sedih! 

Tapi jangan risau, pengguna Facebook Badd Aidaa ada berkongsi resepi ayam goreng ala KFC yang mommies boleh buat sendiri di rumah! 

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Tepung bestari pedas atau original
  • 2 – 3 sudu makan tepung beras
  • 2 – 3 sudu makan tepung jagung

Jika ingin goreng ayam banyak, sila gandakan bahan-bahan.

Cara-cara:

  1. Bancuhkan tepung bestari dengan air.
  2. Kemudian, perap ayam dalam bancuhan tersebut dalam 30 minit.
  3. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas.
  4. Campurkan tepung bestari, tepung beras dan tepung jagung. Gaul rata.
  5. Sadurkan ayam yang diperap tadi dengan campuran tepung sehingga sekata.
  6. Goreng ayam ke dalam minyak panas dan tunggu hingga masak berwarna kuning keemasan. Siap! 

Buat sendiri boleh dapat banyak di rumah kan? Bolehlah mencuba untuk berbuka puasa nanti!

uols mungkin berminat baca:
Jom buka puasa dengan bebola daging IKEA homemade!
Dari menghiburkan, bertukar menjadi kontroversi gara-gara pau hangus