Campurkan syampu dengan perasa makanan ini, mujarab hilangkan kelemumur

Terdapat pelbagai cara dan jenis rawatan untuk menghilangkan masalah kelemumur. Ada yang menjadi, ada pula sebaliknya.

Yang pasti kewujudan kelemumur memang merimaskan sebab kulit kepala akan jadi gatal!

So siapa yang ada masalah ini, pasti berasa tidak selesa ketika melakukan aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah-sanak saudara, semalam pada hari raya pertama bukan?

So cuba uols guna cara ini, mungkin boleh cuba petua yang dikongsi ini sebagai penyelesaian masalah uols semua. 

Bahan-bahan:

  • 2-5 sudu garam bukit
  • Syampu
  • Shower cap

Cara-cara:

1.   Tuang syampu dalam mangkuk, campurkan dengan garam. Gaul sebati.

2.   Basahkan rambut, syampu rambut macam biasa sambil urut kulit kepala. Sapu ramuan ini pada bahagian kulit kepala yang berkelemumur atau berminyak. Gosok perlahan-lahan.

3.   Bila dah selesai urut kulit kepala, pakai shower cap. Kalau tak ada shower cap, ikat atau sanggul rambut. Biarkan ramuan ini meresap antara 5 ke 10 minit.

4.   Akhir sekali, bilas rambut sampai bersih. Lap rambut separuh kering, sapu serum pada hujung rambut. Lap rambut jangan kasar, sebab nanti rambut jadi pecah dan bercabang.

5.   Campuran garam dan syampu juga dapat atasi masalah kulit kepala gatal. Kulit kepala akan rasa segar dan tidak berminyak.Nota: Amalkan syampu rambut dengan campuran garam ini seminggu dua kali untuk hasil yang menakjubkan. Rambut pun lebih kuat!

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun