Kalau menyewa rumah selalunya dapur memang tiada kabinet. Yang tersedia cuma singki. Agak susah dapur untuk nampak kemas kerana barang keperluan memasak yang banyak.
Tapi kalau kreatif sebenarnya tanpa kabinet, dapur boleh nampak teratur. Caranya boleh ikut perkongsian kreatif Adiha Adib yang hanya menggunakan meja banquet sebagai penyelesaian.
Sebelum
Selepas transform
1. Pastikan ada meja banquet yg muat untuk ruang dapur yg diperlukan (contoh gambar bersaiz: 76 x 122 x 45 cm)
Meja banquet:
• Carousell: RM45
• Shopee: RM70
2. Beli kayu terpakai yg sama lebar dengan singki.
(Take note ketebalan kayu, contoh: 1.2cm)
Panjang kayu mengikut yg diperlukan. Contoh: dari dinding ke singki
Kayu:
• Kayu terpakai Meru: 2 keping RM25
3. Tinggikan meja banquet selaras dengan singki, menggunakan besi yg beli di kedai hardware (8 batang untuk 2 meja banquet)
Baki ketinggian yg diperlukan = Ketinggian Singki – (Tinggi Meja Banquet + Ketebalan Kayu)
Panjang besi = Baki Ketinggian yg diperlukan + Panjang Asal
Besi
• 8 batang RM17
4. Hantar weld besi tadi untuk lebih kukuh
Weld & Cat ( +60 19 276 6061 )
• Upah: RM60
Tampal Velcro (belah kanan) menggunakan GAM.
GAM Dunlop RM3+ Kedai DIY
Selepas
Brick Wallpaper (Grade C): 10 meter RM20
Marble Wallpaper : 6 meter RM27
Bekas: RM2.00+ / botol
2 ply & Kedai Eco
Langsir meja + Velcro: RM83
Skirting Miety Zain
Rak Ikea (Lerberg): RM69
DAH CANTIK
Sumber: Adiha Adib
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun