Badan panas? Kurangkan suhu badan secara selamat di rumah!

Kadang-kadang, badan kita tiba-tiba terasa panas, entah kerana demam atau sebab faktor lain. Suhu badan yang naik tiba-tiba ni menyebabkan kita rasa tak selesa dan serba tak kena dibuatnya. 

Takpe jangan risau, suhu badan yang panas ni sebenarnya boleh diturunkan di rumah sahaja.

Macam mana? Haa sini SW kongsikan tips turunkan suhu badan. 

A picture containing person, indoor, wall, table

Description automatically generated

– Rendam kaki dengan air sejuk

Untuk menurunkan suhu badan, anda boleh cuba rendam kaki dengan air sejuk selama 20 minit. Tips ini boleh membantu suhu badan turun dan juga merilekskan badan. Untuk sensasi lebih menenangkan, anda boleh tambahkan essential oil dalam air rendaman. Contoh aroma merilekskan ialah seperti lavender atau peppermint.

Person Holding Oval Green Plate Full Of Sliced Watermelons, Strawberries, And Blueberries

– Makan sayur dan buah

Untuk menurunkan panas badan, makanlah buah atau sayur-sayuran yang tinggi kandungan air. Contohnya seperti strawberi, oren, tembikai, timun dan juga celery. Boleh makan begitu sahaja atau dibuat smoothies.

Fresh Coconut

– Minum air kelapa

Haa teknik ni memang ramai dah tau rasanya. Air kelapa mempunyai kandungan vitamin, mineral dan elektrolit yang membantu tubuh lebih segar dan bertenaga. Sebaiknya, pilihlah air kelapa asli dan bukan yang sudah dibotolkan. Namun, sekiranya terpaksa minum air kelapa yang dibotolkan, cari yang tiada atau kurang kandungan gula.

A person standing in a room

Description automatically generated

– Pakai pakaian yang ringan

Sekiranya anda mengalami panas badan tapi masih tetap pelu beraktiviti, pilihlah pakaian daripada material yang ringan seperti linen atau coton. Panas badan boleh dikeluarkan daripada tubuh melalui pakaian yang ringan jika dibandingkan dengan pakaian daripada material yang lebih tebal seperti nilon.

Slikovni rezultat za aloe vera gel

– Sapu lidah buaya pada badan

Mesti ramai mommies yang ada tanam pokok lidah buaya depan rumah kan? Daun lidah buaya memang sangat elok untuk menurunkan suhu badan. Ambil sedikit isinya dan sapukan pada badan. Sebaiknya, sejukkan dahulu daun lidah buaya tersebut sebelum digunakan.

– Jangan banyak bergerak

Apabila badan terasa panas, hadkan pergerakan dan hindari aktiviti fizikal yang terlalu aktif.