Jom Buat Laksa ala-ala Aeon, sedap kan baunya?

Setiap kali lalu di food court pusat membeli belah Aeon, pasti uols akan hidu bau kelazatan laksa mereka? Ia antara menu yang menjadi tumpuan ramai orang ketika berkunjung ke Aeon. 

Selain tergugat dengan baunya yang enak, pasti ramai yang menyukai laksa tersebut kerana kuahnya yang pekat dan sedap itu. Ramai yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk membeli laksa tersebut.

So jangan risau, uols follow je resepi yang boleh dikongsi Sharifah Zuhaiza, jom! 

Bahan-bahan:

  • Sardin 2 tin kecil (1 tin blend, 1 tin lenyek kasar je)
  • Pes asam pedas adabi
  • Bawang besar
  • Bawang holland setengah biji
  • Asam keping
  • Belacan
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Bebola ikan
  • Laksa basah

Cara-cara:

1.   Blend sardin 1 tin, pes asam pedas, bawang, belacan. (boleh juga nak blend nenas sikit)

2.   Campak semua bahan dalam periuk. Bubuh air. Masak ler ikut pekat mana kuah yang kita nak. Jangan lupa buh garam dan gula.

3.   Sos/kuah sardin tu bubuh sikit. Kalau suka rasa ikan yang kuat buh semua pon xpe. Tapi better buh sikit2 sampai dapat rasa yang kita suka. Takut bau hanyir.

4.   Last sekali buh bebola ikan. Petis udang terpulang nak buh ke x. Nak buh nenas pon boleh. Daun pudina pon boleh. Anak2 aku x makan jadi aku x buh. Olah ikut selera masing-masing.

5.   Taaraa, dah siap. Resepi atas ni untuk 3-4 orang makan ye.

Selamat mencuba!

Sumber: Sharifah Zuhaiza

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun