Hrmm bila dah duduk dekat rumah ni, semua mesti macam cuak je nak tengok bil elektrik melambung ke tidak kan? mana tak nyaa, dah 24 jam duduk rumah.

tapi ada good news untuk uols okay!

Kredit: Sinar Harian

Well Perdana Menteri baru-baru ni telah meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik tambahan kepada semua pengguna elektrik domestik di Semenanjung.

Apa maknanya tu?

Bagi pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan RM77 ke bawah (penggunaan 300kWj ke bawah) akan nikmati elektrik secara percuma bagi bulan April, Mei dan Jun 2020.

Ia melibatkan seramai 4 juta atau 52.2% pengguna.

Bagi pengguna elektrik melebihi 300kWj pula, uols akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan untuk April, Mei dan Jun 2020.

Best kan? Terima Kasih TNB, hari tu je meroyan jap hehe! Terkejut tengok bill… nasib baik min terbaca info ni 😀

Ini semua adalah bertujuan untuk mengurangkan beban kita semua disebabkan peningkatan bil elektrik yang dialami  sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Basically, kerajaan sangat faham dengan masalah yang dihadapi kita semua ni, yelah time PKP ni kan ramai yang kena work from home, elektrik semua digunakan, tv lagi. senang cerita penggunaan elektrik tu memang lebih banyak daripada biasa.

So, sebab tu jugalah bantuan ini diberikan kepada uols, dan dikira sebagai tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang telah dilaksanakan sejak 1 April 2020.

fuh, lega kan dengar!

Bila kita semua dapat merasa Bantuan Prihatin Elektrik ni?

Ia akan disalurkan melalui bil elektrik bulan Julai 2020 dan seramai 7.66 juta akan merasai bantuan ini!

so untuk mommies semua, boleh layari https://www.tnb.com.my/prihatin/bantuan-prihatin-elektrik/ untuk info lebih lanjut!