Rebus kerang tapi tak hanyir? Ikut cara ni…

Siapa yang suka makan kerang rebus kenalah tahu macam mana nak rebus kerang dengan betul, janganlah pula main rebus je kerang kemudian hasilnya kerang ada bau hanyir lah, terlalu lembik lah dan sebagainya.

Nak rebus kerang ada caranya, apabila kerang dimasak dengan betul barulah kerang yang kita masak tetap segar dan tanpa mengeluarkan bau hanyir.

Macam mana nak masak kerang rebus dengan betul? Jom ikuti cara Sheila Rusly bagaimana pelakon veteran ini berkongsi tips masakan di bawah.

Cara-cara: 

  1. Panaskan air dalam periuk dan tambah sedikit garam ke dalam air tersebut.
  2. Apabila air dalam periuk sudah betul-betul mendidih, masukkan kerang ke dalam periuk.
  3. Masak kerang dalam 1-2 minit, kemudian toskan kerang.
  4. Bilas kerang cepat-cepat dengan air bagi menghentikan haba pada cengkerang.
  5. Setelah sejukkan kerang dengan air, mulalah operasi mengopek. kerang. Kopek kerang jadi separuh sahaja tau.
  6. Semasa mengopek kerang, bilas sedikit kerang dengan air agar kerang dan cekerang kekal bersih untuk di makan.
  7. Siap, kerang segar dan sedia untuk di makan bersama pencicah air asam atau sos thai resepi Sheila Rusly.
Kredit: Wanista

Sebenarnya senang je tak nak bagi kerang rebus terlalu lembik, terlebih masak dan berbau hanyir, apa yang penting uols tahu cara merebus kerang dengan betul, InsyaAllah sedap kerang rebus tu nanti.

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun