Sebenarnya nak buat mini pavlova ni tak la susah sangat cuma masa untuk membakarnya memang agak lama. Lepas bakar kena tunggu pula dia sejuk sikit dalam oven. Lepas tu kena tunggu betul-betul sejuk lagi sebelum letakkan krim.
Banyak sungguh proses menunggunya. Hehe. Kena banyak-banyak sabar nak buat pavlova ni.
Ok jom tengok bahan-bahan untuk membuat mini pavlova kat bawah ni.
Bahan-bahan:
- 4 biji telur putih
- 1 cawan gula
- ½ sudu kecil jus lemon
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu besar tepung jagung
Bahan Krim:
- 1½ cawan krim putar tenusu (sejuk)
- 2 sudu besar gula
Cara-cara:
- Panaskan oven pada suhu 110ºC.
- Pukul putih telur sehingga menjadi seperti buih halus.
- Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul sehingga putih telur menjadi ringan dan kaku lebih kurang 10-15 minit. Gunakan kelajuan yang tinggi.
- Tambahkan jus lemon dan juga esen vanila ke dalam adunan tadi. Kaup balik adunan sehingga rata.
- Masukkan pula tepung jagung. Kaup balik lagi sehingga adunan sebati. Jangan terlalu lama dan kuat.
- Masukkan adunan ke dalam piping bag supaya lebih mudah untuk dibentuk.
- Pipekan ke atas dulang secara membulat. Biarkan tengahnya rendah daripada bahagian tepi untuk meletakkan krimnya kemudian. Pastikan dulang di alas dengan kertas pembakar.
- Bakar selama 1 jam 15 minit atau sehingga sedikit kekuningan (hampir putih).
- Selepas bakar, biarkan ianya di dalam ketuhar selama 30 minit. Kemudian biarkan ia betul-betul sejuk di luar sebelum letak krim di atasnya.
- Untuk membuat krim, pukul krim putar (whipping cream) bersama gula sehingga kental. Jangan pukul terlalu lama kerana krim akan mencair jika terlebih pukul.
- Pipekan krim ke atas mini pavlova yang telah sejuk tadi dan hiasankan dengan buah-buahan kegemaran.
Tips untuk membuat meringue (adunan putih telur) :
- Pastikan bekas untuk membancuh adunan, bekas untuk mengisi semua bahan, dan semua alatan untuk membuat meringue betul-betul bersih dan kering.
- Pastikan putih telur tak bercampur sedikit pun dengan kuning telur dan tidak terkena air, minyak dan sebagainya.
- Untuk memastikan meringue betul-betul kental, terbalikkan mangkuk selama lebih kurang 10 saat. Jika adunan tidak jatuh, meringue tu dah ok. Jika jatuh, pukul lagi sehingga kental.
- Pukul dengan kelajuan yang tinggi.
Kredit: Buat Orang Lapo
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun