Dengan latar belakang rumah terbakar, seorang wanita melutut meminta maaf kepada suami dan anaknya kerana menjadi punca kebakaran berlaku.

13 tahun kemudian, di lokasi yang sama sebuah rumah baru dibina dan diduduki oleh ‘keluarga’ yang sama. Memulakan kerja sebagai pembantu rumah di rumah milik keluarganya yang lama dengan identiti baru, Shizuka Yamauchi Anzu Murata ada misi yang perlu dilaksanakan.

Iaitu membalas dendam kepada isteri pemilik rumah tersebut, Makiko Mitarai yang merupakan rakan baik ibunya dulu. Anzu percaya Makiko merupakan orang yang menghancurkan keluarga mereka dan kemudiannya berkahwin dengan ayahnya, pewaris keluarga Mitarai.

Pada awal kedatangan Anzu, Makiko sudah memberi amaran kepadanya supaya tidak naik ke tingkat atas dan menyembunyikan pekerjaannya di sini. Ini kerana Makiko yang juga merupakan influencer di media sosial terkenal dengan imej ‘homemaker’ biarpun sibuk menjalani kehidupan sebagai ketua di hospital suaminya dan model.

Terdesak mahu membuktikan bahawa ibunya, Satsuki bukanlah orang yang bertanggungjawab menyebabkan rumah mereka terbakar, rahsia Anzu terbongkar apabila anak sulung Makiko, Kiichi mengetahui mengenai identiti sebenarnya.

13 tahun hidup menderita kerana Satsuki mengalami amnesia kerana trauma, Anzu juga turut diasak dengan rasa curiga Makiko dan adik Kiichi, Shinji yang sanggup mengekori dan melakukan siasatan terhadapnya.

Berjaya atau tak misi balas dendam Anzu? Haa, yang ni korang kena tengok sendiri sebab drama Jepun, Burn The House Down lakonan Mei Nagano, Kyoka Suzuki, Asuka Kudo, Yuri Tsunetmasu dan ramai lagi ini memang banyak plot twist!

Yang penting, pasti korang puas hati dan juga sakit hati dengan perangai Makiko ni.