Wah, nampak macam sedap je cucur manis ni kan? Rupanya nak buat tu mudah sangat.

Paling tak sangka, cuma guna tepung gandum je sebagai bahan utama tau. Bahan sampingannya pula cuma gula, garam dan minyak masak. Serius! Tak pakai telur, tak pakai baking soda semua tu.

Bila makan tu memang gebu di dalam, rangup di luar. Fuh, kejap je licin. Menarik kan?

Jom tengok resepi cucur manis stick ala churros yang dikongsikan oleh E-mah Najmah ini.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 3-4 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

1.   Masak air gula

Mula-mula, didihkan air dan masukkan gula, garam dan minyak masak. Tunggu sampai gula dan semua bahan tu larut. Bila dah mendidih tutup api.

Resepi cucur manis

2.   Tuang air gula ke dalam tepung

Masukkan tepung gandum tadi dalam bekas yang sesuai.

Saya guna tepung gandum cap Ros setakat ni memang terbaik kejadiannya. Kadang-kadang jenis lain dia jadi lembik sikit.

Ok lepas tu tuangkan air gula yang kita masak tadi ke dalam tepung. (Tuang masa panas-panas tau)

3.   Gaulkan

Gaulkan bagi rata guna sudu / senduk sebab masa ni dia panas lagi.

Lepas tu tunggu suam sikit baru kita uli-uli guna tangan bagi rata dengan air gula tadi dan bentukkan doh.

4.   Bentukkan doh

Begini rupanya bila jadi doh. Sepatutnya doh ni dah tak melekat dekat tangan ye.

Resepi cucur manis

5.   Bentukkan sticks

Seterusnya bolehlah bentukkan panjang-panjang jadi sticks macam ni. Ikutlah nak panjang dan besar mana boleh agak-agak.

6.   Goreng

Akhir sekali panaskan minyak dan goreng macam biasa. Guna api sederhana.

Balik-balikkan dan goreng sampai perang.

SIAP!

Dah siap dah… Macam nilah rupa cucur manis sticks ni.

Tengok isi dalamnya. Memang lembut je dekat dalam. Rangup di luar. Makan pulak masa panas-panas… Fuh

Makan kosong macam tu lawan dengan kopi atau teh pun dah sedap.

Tapi ikutlah citarasa masing-masing nak makan dengan apa. Sos coklat ke, nak tabur cinnamon powder ke. Saya cicah sos Thai pun sedap. Hehe.

Simple sangat kan? Bila-bila pun boleh buat.

Guna tepung gandum je pun. Mesti kejap je dah licin.

Selamat mencuba!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 35 cawangan seluruh Malaysia. so jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun