Walaupun ada bau yang kurang enak, tapi ramai je yang suka makan petai ni uols!
Menerusi selebriti Sharifah Sakinah, makan petai boleh mengelakkan masalah kemurungan, kebimbangan atau stres.
Serius lah? Jom tengok kelebihan makan petai yang lain.
Mencegah anemia
Anemia adalah sejenis kondisi yang mengakibatkan kekurangan sel darah merah dalam tubuh badan. Kesannya ia akan membangkitkan simptom-simptom seperti lemah, penat, pening kepala, mual, muntah dan mudah dijangkiti penyakit. Jadi, mungkin anda boleh cuba makan petai sebagai salah satu langkah alternatif selain daripada ubat.
Menstabilkan tekanan darah
Petai sangat tinggi dengan kandungan kalium namun rendah garam. Ini menjadikan petai adalah makanan yang sangat bagus untuk membantu menstabilkan tekanan darah. Kepercayaan ini telah dibuktikan oleh US Food and Drug Administration yang mengesahkan petai memang benar boleh membantu menstabilkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.
Merawat PMS
PMS yang selalu kaum hawa kena. Untuk pengetahuan anda, premenstrual syndrome (PMS) adalah kondisi yang akan menjejaskan fizikal, mental dan kelakuan wanita ketika kitaran menstrualnya. Dikatakan dengan memakan buah yang kaya dengan vitamin B6 ini, ia mampu membantu mengawal kandungan gula dalam darah individu sekali gus memberi kesan positif kepada mood anda.
Ini merupakan cara Sakinah, tapi lebih baik jika anda merujuk kepada yang pakar. Hal ini kerana petai juga tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak. Menurut Dr Rafidah Abdullah, petai mengandungi kalium yang terlalu tinggi dan mungkin boleh memberi kesan kepada degupan jantung yang luar biasa serta berisiko membuat ia terhenti secara tiba-tiba sahaja!
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun