Cara jaga tudung paling mudah – Kenali materialnya

A person posing for a picture

Description automatically generated

Tudung ni memang merupakan pelengkap gaya, kalau tudung tak kena maka tak lengkaplah gaya seseorang tu. Tapi, kebanyakan material tudung ni adalah agak lembut dan sensitif maka kalau boleh berhati-hatilah semasa menggosok atau mencuci tudung ni.

So harini Kak Jah nak share antara tips nak jaga tudung mengikut materialnya.

– Kain kapas

A person wearing a uniform

Description automatically generated

Kain kapas ni sedikit kasar dan keras tapi kainnya mudah dipakai dan dibentuk. Kalau menggosok tu, gunakan suhu empat atau lima pada seterika kerana kain jenis ni tahan pada suhu yang agak panas.

– Georgette

A person posing for the camera

Description automatically generated

Ni antara material favourite Kak Jah sebab ia ringan namun senang dibentuk dan digayakan. Ia juga takkan bergerak kalau diletakkan atas kebanyakan jenis anak tudung, menjadikan ia material paling best lah senang cerita. Tapi, sebab dia agak lembut, sebaiknya digosok pada suhu tiga atau empat.

– Tudung satin

A person posing for the camera

Description automatically generated

Material berkilat ini agak sukar dibentuk dan memerlukan penjagaan yang agak teliti. Sebaiknya, gosok pada suhu tiga atau empat sahaja bagi mengelak ia terbakar.

– Matte satin silk

A person wearing a white shirt

Description automatically generated

Jenis kain ini juga antara yang senang digayakan sebab ia tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Ia jatuh cantik pada kepala, menjadikan material ini pilihan ideal untuk penggayaan tudung yang agak effortless. Bagi kain jenis ni, gosok pada suhu tiga atau empat.