Nak hilangkan rasa pedas? Ikut tips ni

Rakyat Malaysia tidak asing dengan makanan pedas. Hampir setiap hari, makanan pedas merupakan menu wajib yang ada di atas meja makan.

Tetapi bagaimana pula dengan golongan yang tidak tahan dengan makanan pedas? Berikut adalah 7 makanan yang boleh anda makan untuk menghilangkan rasa pedas.

  1. Produk Tenusu
Kredit: BCC Courier

Meminum produk tenusu seperti susu dan yogurt adalah pilihan yang terbaik. Ini kerana produk yang berunsurkan tenusu mempunyai kandungan protein yang dapat menghilangkan dan mengurangkan haba pedas pada mulut anda.

  1. Minyak Zaitun
Kredit: Thumbor

Minyak zaitun mempunyai bahan lemak yang dapat menyejukkan sekaligus dapat mengurangkan rasa haba pedas. Caranya amat mudah, ambil beberapa sudu minyak zaitun dan makan seperti biasa. Ini sekaligus dapat mencuci rasa haba pedas di lidah uols. 

  1. Gula Pasir
Kredit: Lark

Gula bertindak dengan cara menyerap minyak pedas yang terdapat di sekitar lidah dan mulut anda sekaligus menghasilkan rasa yang berbeza pada makanan pedas. Ambil sesudu gula pasir dan kemam di dalam mulut untuk meneutralkan haba pedas makanan.

  1. Madu
Kredit: Times Now

Semua sedia maklum bahawa madu merupakan sumber makanan yang sangat berkhasiat. Selain daripada memberikan kesan baik terhadap tubuh, rasa manis semulajadi dari madu dapat meredakan haba pedas pada lidah.

  1. Mentega Kacang
Kredit: Havart Health

Sama seperti minyak zaitun, kandungan lemak yang terdapat pada mentega kacang dapat meneutralkan rasa pedas pada makanan. Caranya adalah dengan memakan satu sudu mentega kacang dan kemam di dalam mulut. 

Tetapi perlu berhati-hati bagi yang allergi terhadap kekacang.

  1. Makanan Berkanji
Kredit: Bigger Bolder

Makanan berkanji seperti nasi dan roti bukanlah berfungsi untuk meneutralkan rasa pedas, tetapi lebih berfungsi sebagai bahan untuk mengurangkan kesan haba pedas pada lidah. Ini sekaligus dapat menghentikan rasa tidak enak pada lidah.

  1. Jus Lemon
Kredit: India TV

Pasti ada yang tidak pernah cuba menghilangkan rasa pedas dengan meminum jus lemon bukan? Selain sedap sebagai minuman harian, jus lemon yang bersifat alkali dapat meneutralkan rasa pedas makanan.

Jadi tidak perlu rungsing lagi selepas ini, sekiranya anda memakan pedas. Makanan yang ada pada senarai di atas sangat mudah di dapati di dapur anda.

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun