Mempunyai perut buncit semestinya akan menjejaskan penampilan seseorang itu menjadi kurang menarik. Tetapi tahukah uols apakah faktor terjadinya perut buncit?
Jarang bersukan
Kurang bersukan atau jarang memang mudah untuk lemak berkumpul pada perut kerana otot pada bahagian perut jarang digunakan. Disebabkan kurang penggunaan otot pada bahagian ini, pembakaran lemak dan kalori juga sangat perlahan atau kurang berlaku.
Pengambilan makanan ringan
Makanan ringan merupakan antara salah satu faktor yang sering menyebabkan perut buncit. Kandungan yang terdapat dalam makanan ringan seperti perasa makanan berlebihan akan membuatkan individu yang mengambilnya tanpa berhenti. Perasa makanan kimia yang terdapat di dalam makanan ringan tidak akan dapat dicerna secara baik oleh sistem pencernaan.
Makan sebelum tidur
Jika uols berasa lapar semasa tidur, sebenarnya badan anda sedang membakar sebahagian lemak di dalam badan uols. Tetapi sekiranya perut anda kenyang semasa anda tidur, pembakaran lemak tidak akan berlaku secara efisien dan kesannya akan menyebabkan timbunan lemak di bahagian perut anda semakin bertambah.
(Nota: Jadikan kebiasaan anda mengambil makanan pada 2 hingga 3 jam sebelum tidur.)
Cara mengecilkan perut buncit
- Senaman kardio
Senaman kardio adalah satu senaman yang menguji dan memperbaiki stamina kita apabila sesuatu perbuatan itu diulang secara kerap dalam sesuatu tempoh masa tertentu. Dengan melakukan senaman kardio, otot-otot di badan kita akan mula bergerak bagi mengeluarkan peluh dan membakar lemak.
- Yoga
Yoga mampu menggerakkan kebanyakan bahagian otot secara keseluruhan pada masa yang sama selain mampu menggerakkan otot perut dan membantu dalam pembakaran lemak secara maksimum.
Di India, yoga sangat membantu dalam menghilangkan gas-gas yang berlebihan di perut serta melancarkan pencernaan dan menghilangkan lipatan di perut akibat buncit.
- Sit up dan push up
Membuat sit up dan push up pada waktu pagi dapat mengawal nafsu makan anda. Untuk mendapatkan kesan dalam masa yang singkat, sit up dan push up ini merupakan aktiviti yang terbaik dan sangat efisien bagi setiap individu yang melakukannya.
(Nota: Lakukan sebanyak 10 kali bagi sit up dan push up pada setiap hari.)
- Teh hijau
Teh hijau sangat efektif dalam menurunkan berat badan dan mengecilkan perut. Jika anda minum teh hijau sebelum makan dan mengambilnya tanpa gula, ia akan membuatkan perut anda terasa lebih kenyang ketika makan dan semestinya mengurangkan portion makanan anda.
Selain daripada membantu mengurangkan perut buncit, teh hijau jugak berperanan dalam mencegah kanser kerana kaya dengan anti oksidan.
- Madu dan halia
Antara khasiat madu adalah mencegah dan mengubati penyakit. Tetapi madu juga boleh digunakan dalam mengurangkan perut buncit. Zat yang terkandung dalam madu iaitu fruktosa dapat membakar lemak badan secara tidak langsung.
Halia mampu mengawal nafsu makanan selain membantu badan mengeluarkan angin berlebihan.
Anda boleh mencampurkan 3 sudu makan madu dan sedikit halia ke dalam satu gelas air panas. Anda juga boleh mengambilnya sebanyak 2 kali sehari.
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun