Another day, another racun untuk uols. Buat kali ni HABIB tampil dengan rekaan terbaharunya iaitu koleksi Oro Italia 916® yang diberi nama Aria. Manis je nama, bertambah manis kalau uols yang pakai Aria hihi! Kelainan Aria ni dapat dilihat dengan gabungan hasil kemasan yang teliti serta reka bentuk yang berbeza seperti hati, daun semanggi (clover), bintang dan rama-rama yang ala-ala minimalis lah orang kata, tapi si pemakai masih kelihatan terpesona. 

Koleksi ini mengambil namanya daripada perkataan Itali yang membawa maksud ‘melodi’, menunjukkan kepada sifat utamanya iaitu harmoni. Yang menariknya, koleksi Aria menyajikan rantai leher dan rantai tangan pelbagai motif serta rekaan untuk uols semua.

Pereka barangan kemas HABIB yang berpengalaman telah meluahkan kreativiti mereka dengan mengolah rekaan berunsurkan alam dan menghasilkan satu koleksi yang sesuai digayakan oleh sesiapa yang suka bergaya secara minimal. Kemasan ‘High Polish’ serta ‘Diamond Cut’ yang digilap dengan penuh ketelitian menjadikan setiap rekaan Aria ini lebih berkilau seolah-olah dihiasi dengan butiran berlian ye! Kalau dah gatal tangan selepas membaca tu, maknanya kena pergi beli sekarang lah tu hehe.