FAKTA! Kuman Pada Papan Pemotong Anda Mungkin 200 Kali Lagi Banyak Dari Tandas

Bagaimana keadaan papan pemotong di dapur korang? Dibiarkan berkeladak dengan kotoran dan calar balar atau akan ditukar paling kurang setiap dua bulan sekali?

Menjadi seorang ibu, kebersihan makanan yang dihidangkan kepada ahli keluarga adalah menjadi keutamaan supaya keluarga kekal sihat dan bertenaga untuk menjalani urusan seharian.

Kredit: HM

Akan tetapi tahukah anda, papan pemotong anda boleh jadi alat dapur yang 200 kali ganda lebih kotor daripada tandas rumah anda?

Kredit: Public Health Malaysia

Public Health Malaysia (PHM) pernah menyentuh mengenai isu ini. Dalam satu posting di Facebook, PHM mendakwa keadaan papan pemotong yang calar dan berdaki boleh menjadi punca yang menyebabkan keracunan makanan yang membawa kepada cirit birit dan sakit perut.

Ini kerana kuman-kuman seperti Salmonella, e-coli dan sebagainya boleh ditemui dalam kesan rekahan dan calar yang terdapat pada permukaan papan pemotong.

Nak tahu yang lagi menggelikan? 1cm persegi kawasan papan pemotong korang sebenarnya mempunyai lebih daripada 24,000 bakteria yang mana jumlahnya lebih 200 kali ganda daripada kuman yang ada pada tempat duduk tandas!

Memualkan.

Sebab itulah pegawai kesihatan sentiasa menyarankan agar menggunakan papan pemotong berbeza untuk bahan mentah dan sayuran selain daripada sentiasa menukar papan pemotong sekiranya sudah terlihat daif – penuh calar atau berdaki.

Kredit: FMT