Memiliki dapur yang luas adalah idaman setiap wanita. Namun tak semua mampu memiliki apa yang mereka idamkan atas beberapa faktor antaranya ruang rumah di Malaysia rata-ratanya memang memiliki saiz yang kecil selain daripada harganya yang berada di luar kemampuan.
Masalah orang perempuan memang suka membeli peralatan di dapur menjadikan ruang dapur penuh dengan peralatan dan nampak sempit. Jadi untuk perkongsian kali ini, kami nak kongsikan beberapa tip untuk jadikan dapur sempit anda nampak lebih luas dan kemas.
1. Konsep minimalis
Kembali kepada konsep asas. Miliki barang yang hanya diperlukan sahaja. Membeli bukan mengikut kemahuan tapi keperluan. Dengan mengamalkan konsep minimalis, ruang dapur dah boleh dibersihkan daripada ‘sampah sampah’ yang tak diperlukan.
2. Gunakan warna putih
Warna paling sesuai untuk ruang dapur yang sempit ialah putih. Warna putih seakan ada magisnya yang tersendiri dalam menjadikan ruang lebih luas dan nampak bersih. Kalau boleh pilih juga kabinet dapur yang berwarna putih. Nak campur warna boleh, tapi jangan banyak sangat. Nanti nampak serabut.
3. Kabinet jenis terbuka
Kalau boleh, gunakan kabinet jenis terbuka sebab kabinet bertutup memberi ilusi serabut yang boleh menyebabkan ruang dapur nampak sempit dan tak teratur. Lagipun gunakan kabinet terbuka kan lebih mudah – mudah nak ambil, mudah nak simpan, mudah nak bersihkan.
4. Maksimumkan ruang dinding
Bila ruang dapur sempit, maksimumkan penggunaan ruangan dinding. Tapi kena pastikan ruang yang digunakan tak nampak serabut. Kalau tidak lagi bertambah buruk ruangan dapur nanti. Serabut dan menyakitkan mata.
5. Gunakan jubin bercorak kecil
Pemilihan jubin lantai yang bersaiz kecil sangat membantu dalam ‘menipu’ mata untuk memancarkan imej ruang lebih luas. Jadi ruangan sempit yang kemas tersusun akan nampak luas. Memang sedap mata memandang.
Dengan perkongsian 5 tip ni, rasa-rasa mampu tak nak tukarkan ruang dapur korang yang sempit nampak lebih luas? Mestilah mampu, kosnya tidak besar pun. Lagi bagus kalau boleh DIY sendiri.
Selamat mencuba!