Kalau ke kedai mamak, menu yang paling menggamit selera ialah ayam goreng. Cukup dengan rasa rempah, rangup dan tidak pedas menjadikan ianya digemari semua golongan termasuklah kanak-kanak.

Kredit: Carousell

Ramai yang tertanya-tanya apalah resepi yang digunakan sampai sedap macam tu sekali kan?

Jom kami kongsikan resepi mudah ayam goreng mamak dari Puan Maisarah Sidi ni. Memang meletup rasanya, sedap sampai bikin ketagih!

Bahan-bahan:

  • Ayam secukupnya, dipotong dan dibersihkan
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 6 sudu makan tepung beras
  • 3 tangkai daun kari

Bahan untuk dikisar:

  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 sudu makan rempah kari
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah

Cara penyediaan:

  1. Masukkan bahan kisar, tepung jagung dan tepung beras. Gaulkan.
  2. Masukkan bahan tadi ke dalam bekas berisi ayam beserta dengan daun kari. Gaulkan sebati sebelum perap seketika.
Kredit: FB Sheea Supramaniam
  1. Goreng ayam dalam minyak yang telah dipanaskan. Balik-balikkan ayam supaya masak sekata.
  2. Angkat ayam selepas dah masak. Siap!
Kredit: Puan Maisarah Sidi

Hasilnya nanti memang menggiurkan. Makan dengan nasi panas memang terangkat. Bahan-bahan yang nak digunakan pun semuanya mudah didapati sama ada dekat pasar raya atau kedai runcit je.

Selamat mencuba!

Sumber: Maisarah Sidi
Kredit gambar utama: Maisarah Sidi

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Stay tuned untuk next artikel okay, sebab SW akan menunjukkan resepi yang lebih menarik untuk uols try!

Gunalah bahan yang lebih segar dari TFVM yang telah menyajikan pelbagai produk untuk uols sejak 1957 melalui 35 cawangan seluruh Malaysia. So jangan lupa singgah, sebab TFVM sentiasa menyediakan barangan segar untuk anda SETIAP HARI!